Pada penghujung 1964, pengguna di Malaysia mula menggesa kerajaan mengambil tindakan penstabilan atau pemantapan harga barang keperluan ekoran isu ketidakstabilan harga, lebih-lebih lagi apabila menjelang musim perayaan. Harga barang-barang keperluan telah dinaikkan sewenang-wenangnya. Kesan daripada isu kenaikan barang, telah ditubuhkan persatuan pengguna yang pertama di negara ini, iaitu Persatuan Pengguna Selangor. Anggotanya terdiri daripada ahli profesional, golongan terpelajar dan golongan berpendapatan menengah.
Bermula pada 1971, semakin banyak persatuan pengguna ditubuhkan di seluruh negara. Di samping penubuhan persatuan pengguna, perkembangan perlindungan pengguna juga semakin memberangsangkan di Malaysia. Penggubalan Akta Perlindungan Pengguna 1999 telah menjuruskan penubuhan Tribunal Malaysia dengan bertemakan Pengguna Bermaklumat Negara Bermanfaat pula telah dilancarkan buat kali pertama pada 26hb. Julai, 2001 dan hingga kini sambutannya diraikan pada tarikh tersebut setiap tahun
Monday, May 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

























0 comments:
Post a Comment