Friday, May 7, 2010

SEJARAH KEPENGGUNAAN ( BAB I )

Amerika Syarikat (AS) ialah negara yang terawal mempunyai pergerakan pengguna. Aduan pengguna pertama telah direkodkan pada 1775 di massachusetts apabila penjual yang menjual makanan yang tercemar telah didenda. Pada era pertama, perkara yang dipentingkan ialah cara mengurangkan monopoli perniagaan- perniagaan besar dan masalah kebersihan makanan. Pada 1906, Pure Food an Drug Administration (FDA) telah ditubuhkan selaras dengan penggubalan Pure Food an Drug Administration Act yang bertujuan untuk mengawal pencemaran makanan dan pelabelan makanan dan ubatan yang mengelirukan.....

Perang Dunia Pertama telah menyebabkan tumpuan perhatian bagi perlindungan pengguna terhenti seketika sehingga satu kajian bertajuk 100,000,000 Guinea Pigs dikeluarkan sebagai tanda kebangkitan era kedua. Penemuan kajian telah menggemparkan warga AS, yakni dengan pendedahan tentang ubat-ubatan, kosmetik dan makanan yang tidak selamat dan dijual tanpa sebarang pra-uji sebagai jaminan keselamatan pengguna....

BERSAMBUNG.............

0 comments:

Post a Comment