Thursday, May 27, 2010

Pelancaran buku " Isu Kenaikan Harga"

FOMCA telah menerbitkan bahan pendidikan kepenggunaan dalam bentuk Siri Pemikiran sejak dari tahun 2004 lagi. Setiap edisi siri pemikiran memperlihatkan pandangan dan posisi FOMCA dalam isu-isu pengguna yang spesifik, seperti hak pengguna, penswastaan air, gaya hidup pengguna, pemakanan, dan sebagainya.
Edisi terkini yang dilancarkan pada hari ini pula menyentuh dan mengupas salah satu isu pengguna yang paling kritikal dan sentiasa menjadi punca keresahan para pengguna, iaitu isu kenaikan harga.

Pelancaran buku ini telah diadakan di KL Sentral pada 17 April 2009. Aktiviti yang dijalankan adalah sidang media dan pengedaran buku kepada orang awam di KL Sentral. FOMCA amat berharap bahawa penerbitan ini dapat membantu meningkatkan kesedaran dan mendidik pengguna dalam isu kenaikan harga.

0 comments:

Post a Comment